Limau

Pengenalan kepada tanaman jangka sederhana iaitu limau di Malaysia. Kebanyakan limau yang popular adalah dari keluarga  Jenis limau yang popular diusahakan ialah limau nipis (Citrus Aurantifolia) , limau kasturi/kesturi (Citrus madurensis), limau purut  (Citrus hystrix),  limau manis dan limau bali (Citrus grandis).

Limau Nipis a.k.a Lime
Limau Kasturi a.k.a Musklime
Limau Purut a.k.a Kaffir lime
Limau Bali a.k.a Pomelo

1.0 LIMAU NIPIS

Limau nipis

Limau nipis

Khasiat & Kegunaannya

Limau nipis juga boleh dijadikan air yang menyegarkan untuk diminum semasa hari panas terik. Ia turut dicampurkan kepada air teh o bagi menambahkan kelazatan.

Menurut buku Food That Harm Food That Heal, meminum air limau ini sebiji sehari, akan meningkatkan daya tahan tubuh dari serangan virus. Vitamin C yang tinggi dari buah ini akan menyediakan antioksidan untuk menjinakkan radikal bebas dalam tubuh. Sementara sejumlah mineral, potasium di alamnya bermanfaat untuk membantu mengatur tekanan darah dan fungsi jantung, serta vital untuk memelihara kelenturan otot dan memperlancar sistem saraf.

Jus buah limau nipis membunuh kuman disenteri, kolera dan tifoid. Asid sitrik yang terkandung dalam limau nipis berkesan menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Asid sitriknya juga boleh digunakan untuk melegakan perut dan melancarkan penghadaman. Limau nipis juga mengandungi vitamin A.

Minyak yang diperah daripada kulit buah limau nipis digunakan sebagai pewangi dan aroma terapi dalam perubatan alternatif. Asid sitrik daripada jus limau nipis digunakan dalam industri makanan, minuman, farmasi dan dalam proses mewarnakan kain.

PETUA MELAYU: Menyembuhkan Demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

PETUA MELAYU:  Melegakan Batuk
Ambil air limau nipis satu sudu teh. Campur dengan kicap manis. Minumlah tiga kali sehari. Cara lain untuk mengubati batuk ialah dengan memanggang limau nipis sebentar di atas api. Biarkan sebentar hingga menjadi suam-suam kuku, belah buah limau nipis tersebut, lalu langsung perah ke dalam mulut hingga mengalir ke tekak. Resipi ini baik juga untuk menyembuhkan selsema

PETUA MELAYU: Menghentikan tabiat merokok
Menghentikan kebiasaan merokok.. Hisaplah sehiris limau nipis. Rasanya yang masam segar membuat anda terangsang untuk minum air putih. Lakukan beberapa kali sehari. Cara ini selain mengurangi keinginan untuk merokok, juga membantu membersihkan nikotin yang sudah terdapat pada gigi dan mulut.

PETUA MELAYU: Menghilangkan bau badan
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.

2.0 LIMAU KASTURI

Khasiat & Kegunaannya
limau-kesturi1
Minuman(perahan segar ataupun dicampur ke dalam teh ~teh o ice limau satu :D). Limau kasturi mampu menyejukkan badan dan menghilangkan dahaga dengan lebih berkesan.

Bahan perasa: Bubuh kat sambal belacan atau cencaluk. Kebanyakan masakan sup menggunakan limau kasturi atau limau nipis.

P/s: Limau nih pun boleh digunakan seperti petua melayu limau nipis.

3.0 LIMAU PURUT
limau_purut
Khasiat & Kegunaannya

Limau purut sering kali digunakan dalam perubatan tradisi Melayu.

Buah dan daunnya juga digunakan sebagai bahan masakan dalam masakan Thai (tomyam, paprik) dan Melayu (rendang).

Ada perusahaan yang memajukannya sebagai produk konsumer seperti sabun kecantikan, shampoo, barangan kosmetik, dan produk kosmetik.

Air limau purut juga merupakan bahan anti karat (anti-rust). wah, boleh try letak atas bumbung zink, mau tau apa jadi :P.

P/s: Limau nih pun boleh digunakan seperti petua melayu limau nipis.

sample_iklan2

4.0 LIMAU BALI

Khasiat & Kegunaannya

Biasanya dimakan segar atau diproses menjadi jus.

Nih saya copy paste jer dari satu web Jabatan Pertanian Pulau Pinang :D.

Kandungan Setiap 100g Bahagian
Yang Boleh Dimakan
Tenaga 44.0 kcal
Air 88.0 g
Protein 0.7 g
Karbohiderat 10.4 g
Serat 0.6 g
Abu 0.6 g
Kalsium 14.0 g
Besi 0.6 mg
Beta Karoten 200 ug
Vitamin B1 0.03 mg
Vitamin B2 0.03mg
Vitamin C 44.8mg

Responses

  1. Ada info berapa harga pasaran limau boleh kongsi kat sini. Kalau ada pengusaha yang tak tau nak jual lambakan limau pun boleh la post kat sini. TQ

  2. Salam, suami sy, Amir, bercadang utk mengusahakan ladang limau nipis&kasturi. kami ada tanah keluarga di hulu langat,selangor.kami ingin membuat pinjaman TEKUN. tetapi TEKUN mahukan KERTAS KERJA. bolehkah kami berjumpa encik atau bercakap melalui telefon untuk mendapat tahu tentang penanaman, penjagaan dan pasaran limau? Kami amat menghargai kerjasama encik.

    • Maaf nissa, saya dah lama tak buka blog dan email account nih. Sebenarnya maklumat ini saya dapat daripada buku Tanaman Herba oleh Mardi. Kalau masih lg mencari maklumat berkenaan limau nipis boleh hubungi saya Rayhan 019-6647864. Saya akan cuba untuk extra lebih fakta daripada buku itu.

  3. Jika ada yang berminat, harga yang dapat saya bagi kalau anda boleh ambil seminggu dalam 2 ton harga RM 5600 per ton, kalau 5 ton RM 5300 per ton,kalau 10 ton ke atas seminggu RM5000 per ton. harga akan menentukan mengikut quantity dan musim juga.
    Lokasi ladang di Tamil Nadu India dan Thailand.

    Call saya di
    0194100816
    Mohd Saiful


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: